Bukan Main Lagi – Muzzamer Rahman

Sempena tayangan filem beliau, ‘Roti Tampal Atau; Gadis Dari Kosmos Satu Lagi’, di SeaShorts Film Festival 2018, Muzzamer Rahman berbicara dengan Thoughts on Films mengenai filem tersebut, proses pembikinannya dan program televisyen kegemaran ibunda beliau.

Salam Muzzamer! Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk ini. Cuba kita mula dari awal: bolehkah saudara Muz jelaskan titik permulaan perjalanan anda sebagai seorang pembikin filem?
Saya pun tak berapa pasti. Saya dari kecil memang gemar menonton televisyen. Ibu saya pun kaki TV. Dan sekarang dia minat drama Korea!

Ya, sekarang K-Drama ini sangat popular.
Mungkin untuk saya, detik permulaan adalah apabila saya ambil kursus penulisan di Universiti Teknologi MARA.

Sebelum ini, dalam temuduga Bebbra Charles Mailin, dia juga jelaskan tentang hal yang sama.
Ya, masa tu saya selalu hadiri tayangan filem oleh Norman Yusoff, dan kemudian berjinak-jinak dalam pembikinan filem. Entah sampai satu ketika, saya rasa bertangunggjawab untuk jadi pembikin filem. Mungkin bidang ini memilih saya. Entah, saya tak tahu adalah ini menjawab.

Mungkin itu adalah jawapan yang paling tulus ikhlas. Kalau kita nak katakan tentang pembikin atau pengarah filem yang berpengaruh buat Muz…?
Saya liberal dalam penontonan. Ada ketika saya sangat suka Woody Allen, kadangkala saya nak jadi Orson Welles, setelah itu saya nak berfikir macam Christopher Nolan. Ada masa saya terikut dengan sutradara Iran: nak buat apa Abbas Kiarostami buat, bersemangat macam Mohsen Makhmalbaf, berani macam Jafar Panahi atau sempoi macam Majid Majidi.

Satu senarai yang mengkagumkan.
Saya juga sangat suka gaya Wong Kar Wai, dan rasa nak buat filem seram macam Mike Flanagan. Dari Malaysia, saya rasa kagum dengan U-Wei Haji Saari. Tapi filem yang memberitahu saya kepentingan filem dan magis filem adalah ‘Cinema Paradiso’ oleh Giuseppe Tornatore.

Itu juga merupakan filem kegemaran saya! Sebenarnya Muz sudah beberapa tahun menetap di dunia pembikinan filem, dan filem seperti ‘Sang Projeksionis’ (yang mempunyai unsur ‘Cinema Paradiso’, dan ‘Nadia’ merupakan filem bercabang filosopfi yang agak berlainan.
Sebenarnya bagi saya, genre saja berbeza. Isinya sama. Genre tu macam bekas, dan cerita itu isinya. Saya suka bikin sesuatu yang baru, dan saya ingin filem saya ditonton oleh orang lain, dan bukan saya sahaja. Dan saya ingin berkerja dengan orang-orang lain yang sama passion, maka mungkin sebab itu saya tak hadkan diri saya. Lagipun di Malaysia, orang suka dengan orang boleh buat banyak benda. Dan sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, saya sambut seruan itu.

Lebih patriotik lagi kalau kita buat filem berdasarkan makanan Malaysia. Fokus temuduga ini adalah filem ‘Roti Tampal’, atau kalau kita nak ikut nama MyKadnya, ‘Roti Tampal Atau; Gadis Dari Kosmos Satu Lagi’. Yang pertama saya ingin tanya adalah: kenapa judul file mini panjang sangat?
‘Roti Tampal’ merupakan salah satu filem dalam antologi ‘Roti’, di mana kita bikin suka-suka dan tayang di Wayang Budiman, sebuah komuniti pencinta sinema. Maka setiap judul ada nama roti (kalau boleh), dan ‘Gadis Dari Kosmos Lagi Satu; memang itu tajuk yang saya nak.

Saya ingatkan Muz telah terlalu terpengaruh oleh Woo Ming Jin dari segi reka bentuk judul filem anda. Boleh Muz jelaskan tentang cara idea ini di wujudkan pada awalnya?
Idea itu datang apabila komuniti Wayang Budiman ingin anjurkan acara istimewa, iaitu Temasya Wayang Budiman. Jadi, idea ini hadir ketika selepas tayangan, dan secara spontan. Bagi mengikat setiap filem, kita bagi roti yang ada di kedai mamak.

Siapa lagi yang terlibat dalam antologi ini?
Kalau tidak silap saya, ada sembilan lagi pembikin yang mengikut projek ini, termasuk Bebbra, Daniyal Kadir, Ridhwan Saidi, Walid Ali, Isyraqi Yahya, Alee Isa, Fiq Sam, Hary Harith dan Zara.

Secara lebih khusus, apakah cerita atau isu yang dikemukakan dalam ‘Roti Tampal’?
Seperti tajuknya, ia adalah idea yang ditampal-tampal, dari segi bentuk dan isinya. Filem ini saya nak bikin sci-fi, dan dalam masa yang sama, nak bikin benda nostalgik ala cooking show. Dan filem-filem filpen yang saya tonton di festival filem seperti Jogja-NETPAC Film Festival. Penerbitan lain seperti filem James Lee, ‘My Beautiful Washing Machine’, ‘Babi Buta Ingin Terbang’ dan ‘Hoolahoop Sounding’ oleh Edwin, dan ‘This Is Not A Film’ arahan Jafar Panahi juga menjadi sumber inspirasi.

Banyak pengaruh yang berlainan.
Serius, filem ini adalah filem yang ditampal-tampal.

Sebagai seorang penggemar filem pendek Malaysia, saya rasa macam saya agak kenal dengan saudara Muz dan filem-filem anda, tetapi penerbitan dan pembikinan filem ini tidak begitu dihebohkan.
Ya, ini projek suka-suka. Ada mentor saya, Aditya Assarat, pernah cakap, bikin filem macam buat parti. Jadi, filem ini begitulah. Ada babak yang meriah dengan kawan-kawan, dan ada juga babak yang saya shoot sendiri. Dan sebenarnya ini adalah filem pendek yang paling saya suka, sebab saya buat hanya untuk mendapatkan rasa fun tersebut.

Setiap satu pengarah filem yang disebut tadi ada cara pengarahan yang berlainan. Bagaimanakah Muz mengambil idea dan dimasukkan lagi dalam cara pembikinan filem Muz sendiri?
Tak pasti, sebab saya tak pernah betul-betul tengok pengarah lain berkerja. Cuma yang pasti, saya ingin proses pembikinan itu seronok. Saya tak suka set yang penuh dengan stress. Saya kalau boleh nak semua di dalam set rasa work yang sedang dikerjakan adalah kerja setia orang. Begitulah.

Sebenarnya, ini tidak jauh dari apa yang saya fikir tentang Muz sendiri. Saya rasa macam saudara Muz merupakan seorang yang selalu chilled dan relaxed.
Mungkin. Kadangkala saya kelam kabut juga. Dan macam saya jawab sebelum ini, saya tak suka stress. Kenapa pilih buat benda fun tapi kemudian stress? Dan saya adalah seorang yang diplomatik.

Kalau dari segi cabaran, apakah halangan terbesar dalam penerbitan filem ini?
(Batuk) Duit. Yang lain tu cabaran biasa.

Pada masa yang sama, saya yakin juga ada hikmah di sebalik batu filem ini.
Filem ‘Roti Tampal’ dipilih ke SeaShorts Film Festival. Selain dari file mini, filem ‘Nadia’ ditonton hamper satu juta kali, dan juga mendapat response yang positif. Dan kawan-kawan yang percaya saya. Yang last itu paling penting. Tanpa kawan-kawan, siapalah saya?

Muz ada ramai kawan di industry penerbitan filem pendek di Malaysia. Apakah pendapat Muz tentang filem-filem pendek yang diterbitkan di sini?
Filem pendek kita banyak yang menarik dan kita punya banyak pengarah yang berbakat. Filem-filem pun dah keliling festival besar di serata dunia. Dan pada pendapat saya kita perlu melabur untuk filem-filem pendek, kerana ramai pengarah besar mula dengan filem pendek. Tetapi, apakah penting pendapat saya? Atau sekadar suara di angin yang lalu?

Kalau kita semua fikir macam itu, tidak akan ada apa-apa yang dibuat. Saya yakin kita semua ada peranan penting. Sebelum kita akhirkan temuduga ini, saya ingin tanya sedikit mengenai peranan Muz yang seterusnya, iaitu sebagai pengarah feature film pertama anda, ‘Prebet Sapu’.
Ya, dalam bahasa Inggeris, judulnya ‘Hail, Driver!’ Thoughts on Film merupakan media pertama yang saya dedahkan tentang judul Inggeris ini.

Woo hoo! Eksklusif.
Okay, berbalik pada ‘Prebet Sapu’, kami dah selesai proses produksi. Sekarang dalam proses finalised, sound mixing, sound design, dan color. Mungkin siap pada Disember.

Dari segi pengarahan filem pendek dan filem yang lebih panjang, adakah Muz berhadapan dengan isu-isu atau masalah yang tidak terjangka? Mungkin ada perbezaannya dari segi perwatakan dan reka bentuk cerita.
Ya, ada beza, tapi tidak ketara. Besar besar adalah durasi penggambaran dan belanjawan. Yang lain macam biasa, sebab dah selesaikan ketika proses menulis skrip. Tapi mungkin lagi satu adalah penerimaan penonton. Saya lebih gementar penerimaan penonton apabila ‘Prebet Sapu’ siap kelak.

Kita berakhir dengan soalan ini: adakah ‘Sang Projeksionis’ akan ditayangkan secara lebih umum?
InsyaAllah. Mungkin.

Follow Muz on Instagram, and check out the Facebook page for his upcoming feature film directorial debut, ‘Prebet Sapu’.

The SeaShorts Film Festival (a part of the 2018 George Town Festival) is running from 1st until 5th August 2018 in Penang, Malaysia. Download their programme booklet here.

Featured image credit: Medical Media Training

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s